10 Exco Kerajaan Negeri Kedah dilantik hari ini

10 Exco Kerajaan Negeri Kedah dilantik hari ini

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan pelantikan 10 kerusi exco kerajaan negeri Kedah pada hari ini.

Antara mereka yang telah dilantik bagi membarisi kerusi exco tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor yang juga merupakan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dato Dr Ismail Salleh.

Manakala seorang lagi Adun AMANAH yang turut membarisi kerusi exco kali ini ialah Adun Kubang Rotan, Mohd Asmirul Anuar Aris yang juga adalah Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah.

Sementara itu Naib Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dr Salmee Said yang juga merupakan Adun Kota Siputeh turut dilantik membarisi kerusi exco kerajaan negeri pada kali ini.

Selain itu Naib Pengerusi PKR Negeri Kedah, Ir Zamri Yusof yang juga merupakan Adun Suka Menanti turut dilantik sebagai exco kali ini.

Adun Lunas, Azman Nasrudin yang mengekalkan kemenangannya sekali lagi turut dilantik sebagai exco negeri Kedah.

Ooi Tze Min, Adun Bakar Arang juga dilantik sebagai exco kerajaan negeri pada kali ini bersama-sama dengan Adun Bukit Selambau R.Summugam yang mewakili PKR.

Dato Ir Amiruddin Hamzah, Adun Anak Bukit yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah mantan ketua pembangkang negeri Kedah penggal yang lalu sekali lagi dilantik sebagai exco kerajaan negeri untuk kali ini.

Halimaton Shaadiah Saad yang merupakan Adun Bukit Kayu Hitam turut dilantik membarisi barisan exco hari ini.

Adun Derga, Tan Kok Yew turut diberi kepercayaan setelah dilantik sebagai exco pada kali ini oleh Mukhriz mewakili Dap

CATEGORIES
TAGS