10 Exco Negeri Sembilan diumum minggu depan, kata MB

10 Exco Negeri Sembilan diumum minggu depan, kata MB

Senarai nama 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Kerajaan Negeri Sembilan dijangka akan diumumkan pada pertengahan minggu depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses perbincangan lanjut mengenai pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) setiap parti dan akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Wisma Negeri di Seremban, hari ini.

Katanya, beliau akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mempersembahkan 10 senarai nama EXCO yang dilantik terdiri daripada setiap parti dalam Pakatan Harapan.

Jelasnya, semua portfolio Exco berkenaan tidak banyak berbeza dengan kerajaan negeri sebelum ini namun akan ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote