Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
10 jangkitan Influenza A di tiga daerah di Kedah

10 jangkitan Influenza A di tiga daerah di Kedah

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 12, 2020 8:36 pm




Tiga daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Sungai Petani dan Kulim/Bandar Baharu mencatat 10 kes jangkitan virus Influenza A dari 1 hingga 9 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Agama negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata, lapan pelajar sekolah rendah dan menengah serta dua guru di tiga daerah negeri ini disahkan dijangkiti virus itu.

“Semua pesakit disahkan dijangkiti virus Influenza selepas melakukan pemeriksaan di hospital akibat mengalami simptom demam, selesema batuk dan sakit tekak.

“Pihak hospital sudah mengambil sampel pesakit dan mereka kini dirawat di hospital kerajaan dan swasta di negeri ini dengan keadaan mereka dilaporkan stabil,” lapor BH Online hari ini.

Menurutnya, keadaan setakat ini adalah tidak membimbangkan dan terkawal dengan bilangan pesakit dijangkiti virus Influenza tidak ramai.

Sementara itu, Dr Ismail memaklumkan semua pengunjung yang memasuki negara melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) perlu menjalani pemeriksaan skrin pengimbas suhu.

“Pengunjung yang dikesan mempunyai simptom demam dan suhu melebihi 37 darjah celsius akan disaring dan dikuarantin sebelum dirujuk ke hospital berhampiran.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan seharian, terutama golongan berisiko iaitu kanak-kanak berusia bawah lima tahun, individu obes atau mereka yang mempunyai kencing manis,” jelasnya.

Orang ramai juga, tambahnya, boleh memakai penutup muka sekiranya mempunyai simptom penyakit berkenaan dan sentiasa mencuci tangan untuk mengelakkan kuman merebak.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production