Kabinet dengan 10 menteri pertama akan dibentuk minggu ini

Setiap parti akan cadang 3 calon dengan kementerian pilihan mereka, PM akan membuat keputusan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kabinet dengan 10 menteri akan dibentuk minggu ini juga.

Menurut beliau, setiap parti telah diminta memberikan tiga nama dan kementerian mana yang mereka kehendaki.

“Sudah tentu ada pertindihan. Ia akan ditentukan oleh perdana menteri kementerian mana yang perlu dipegang.

“Jika perlu perdana menteri akan memanggil empat pemimpin parti ini untuk tentukan pilihan mereka.

“Saya harap dalam minggu ini kita dapat bentuk kabinet 10 orang ini dan boleh bergerak secara sah sementara kita memilih sehingga cukup 25 menteri,” katanya.

Dr Mahathir menjangka beliau tidak akan dapat mengagihkan jumlah menteri mengikut peratusan bilangan ahli parlimen setiap parti untuk 10 pertama ini.

“Tambahan akan dibuat bila kita penuhi 25 jawatan nanti,” katanya.

Beliau juga berkata, menteri kabinet juga akan diperuntukkan kepada rakan dari Sabah dan Sarawak selepas itu.

“Ketika itu jumlah mungkin lebih daripada 25 tetapi hasrat kita tidak lebih dari 30,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, keputusan kabinet akan dibuat secara keputusan majoriti kerana beliau yakin sukar untuk mendapat keputusan secara konsensus.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS