Malaysia Dateline

10 kematian baru akibat Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 10 kematian pada semalam akibat Covid-19.

Ini menjadikan keseluruhan kes kematian dalam negara sebanyak 31,940 kematian.

Tiga pesakit direkodkan meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Kes BID kini mencecah 6,437 kes.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kelantan dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Johor, Perak, dan Sarawak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, setakat tengah malam tadi, terdapat 47,805 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 40,749 individu atau 85.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.