10 kementerian, jabatan dapat KSU dan ketua pengarah baru?

10 kementerian, jabatan dapat KSU dan ketua pengarah baru?

Lebih 10 buah kementerian dan jabatan kerajaan dikatakan bakal menerima ketua setiausaha (KSU) dan ketua pengarah (KP) yang baharu mulai minggu depan.

Menurut maklumat yang diterima Malaysia Dateline, mereka telah menerima watikah perlantikan itu pagi tadi dari Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Senarai KSU baru itu kini mula disebarkan melalui media sosial khasnya whatapps.

Antara yang dikatakan mendapat KSU baru adalah Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Pengangkutan (KP), Kementerian Perusahaan Utama (KPU) dan juga Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

Sehingga kini, kerajaan belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Menurut sumber, antara sebab penukaran ini adalah persaraan wajib kepada KSU yang ada dan kerajaan baharu tidak menyambung perkhidmatan mereka.