Malaysia Dateline

10 lagi Ahli Parlimen dirakam keterangan

Sejumlah Ahli Parlimen pembangkang dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi setakat tengah hari ini.

Sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen dipanggil berbuat demikian bagi melengkapkan siasatan berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Senarai Ahli Parlimen dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dirakam keterangan hari ini ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), P. Prabakaran (Batu), Tan Kok Wai (Cheras) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Empat Ahli Parlimen dari Selangor yang dipanggil ke IPD Dang Wangi setakat tengah hari tadi ialah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), William Leong Jee Keen (Selayang) dan Charles Anthony Santiago (Klang).

Turut memberi keterangan Fuziah Salleh (Kuantan), Nor Azrina Surip (Merbok) yang masing-masing merupakan wakil rakyat PKR.

Pada 5 Ogos lalu, tiga MP pembangkang hadir ke IPD sama iaitu Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Kasthuri Patto (Batu Kawan) dan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar).

LANJUT MENYUSUL