10 orang awam maut bom meletup di timur Afghanistan

10 orang awam maut bom meletup di timur Afghanistan

Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam serangan bom di sebuah bazar di Paktika, wilayah timur Afghanistan pada Isnin, kata seorang pegawai tempatan.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital di wilayah Sharan tiga daripanya dilaporkan parah,” kata pegawai kesihatan wilayah Dr Mohammad Raffah kepada Xinhua.

Antara yang maut termasuk dua kanak-kanak.

— BERNAMA