Malaysia Dateline

10 peristiwa dunia sepanjang 2017

1) Donald Trump dilantik Presiden AS

Masyarakat dunia terkejut apabila Donald Trump, ahli perniagaan yang kontroversi memenangi pilihan raya presiden AS yang berlangsung pada akhir tahun 2016. Pelantikannya berlangsung pada 20 Januari 2017.

Sebagai presiden AS, polisi-polisi baharu yang diperkenalkannya menimbulkan banyak kontroversi seperti melarang penerbangan dari negara-negara Islam ke negara itu dan tindakannya menghantar pulang pendatang yang berada di AS.

Tidak hanya itu, dunia melihat dengan penuh waspada bagaimana pula dengan dasar luar Trump berhubung projek nuklear Korea Utara, konflik dan keganasan di Timur Tengah, serta hubungan AS dengan China dan Rusia.

2) Kim Jong-nam mati dibunuh

Kim Jong-nam merupakan putra sulung Kim Jong-il, bapa kepada Kim Jong-un. Beliau disebut-sebut bakal menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian Kim Jong-il.

Kim Jong-nam selama ini hidup bersembunyi karena bimbang terhadap adik tirinya Kim Jong-un yang melihatnya sebagai ancaman. Pada 13 Februari 2017 Kim Jong-nam ditemui mati di KLIA Kuala Lumpur setelah dikatakan diserang dua wanita menggunakan gas beracun.

Peristiwa pembunuhan ini mengegarkan dunia dan sempat menjadi tular dalam tahun 2017.

3) Jatuhnya Mugabe setelah 37 menguasai Zimbabwe

Zimbabwe telah menyaksikan banyak adegan-adegan dramatik semenjak 15 November lalu apabila operasi ketenteraan dilancarkan, yang akhirnya menatijahkan presiden negara itu, Robert Mugabe meletak jawatan.

Sebagai sebuah negara yang menyaksikan perubahan kepimpinan negara itu hanya selepas 37 tahun, kebanyakan rakyatnya cuba membayangkan apakah bentuk masa depan politik Zimbabwe di bawah pemimpin baharu, Emmerson Mnangagwa.

Sebahagiannya melihat, beliau merupakan kesinambungan kepada apa yang telah dilakukan Mugabe, sementara yang lain yakin Zimbabwe akan menjadi lebih demokratik dengan ekonomi yang lebih stabil.

4) Masjid di Sinai dibom, 235 maut

Masyarakat Islam dunia digemparkan dengan peristiwa serangan bersenjata ke atas sebuah masjid di Semenanjung Sinai di Mesir pada 25 November lalu yang telah mengorbankan 235 orang mengikut laporan media tempatan negara itu.

Serangan berlaku di bandar Bir al-Abed, kira-kira 40km di bahagian barat wilayah utara Sinai. Kejadian berlaku sejurus jemaah di masjid berkenaan selesai menunaikan sembahyang Jumaat.

Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi menggelarkan serangan tersebut sebagai “suatu jenayah” dan “tindakan pengecut” seperti yang disiarkan oleh televisyen negara itu pada hari yang sama.

5) Pembersihan etnik di Myanmar, ribuan kaum Rohingya jadi pelarian

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), organisasi hak asasi manusia antarabangsa dan pemimpin-pemimpin negara di seluruh dunia kesemuanya bersetuju bahawa perang yang dikenakan ke atas masyarakat Islam Rohingya merupakan contoh jelas berupa penghapusan etnik dan genosid.

Menurut laporan antarabangsa, jumlah pelarian yang meninggalkan Myanmar sejak berlakunya operasi tentera di Rekhine bermula Ogos lalu, mencecah 600,000 orang pada Oktober.

Krisis berterusan dan menjadi semakin buruk, dari satu sudut diburukkan oleh kedegilan kerajaan Myanmar yang masih mahu meneruskan polisi perkaumannya, dan dari sudut yang lain pula, perhatian yang diberikan oleh masyarakat dunia kepada apa yang berlaku di Myanmar ini tidak cukup mendalam.

6) Korea Utara resahkan dunia dengan projek nuklearnya

Pada pidato tahun baharunya, Presiden Korea Utara, Kim Jong-un mengumumkan bahwa Korea Utara telah berada di tahap akhir untuk memiliki pelancar nuklear antara benua. Hal ini sudah dibuktikan dengan ujian pelancaran roket neklear mereka yang berlangsung sepanjang tahun 2017 ini.

Sebagai warga dunia kita patut bimbang karena ia menunjukkan adanya potensi perang nuklear yang buruk akan berlaku. Keangkuhan Korea Utara ini tentu memancing negara-negara besar seperti AS, Cina, dan Rusia untuk bertindak.

Sekarang kita hanya boleh menunggu dan menaruh harapan kepada para pemimpin dunia untuk mencegahnya daripada berlaku.

7) Tamatnya penguasaan ISIS di Mosul dan Suriah

Ketika mengisytiharkan diri pada 29 Jun 2014, kumpulan Negara Islam Iraq dan Suriah (ISIS) mengatakan ibu kota kekhalifahan mereka adalah di Mosul, Iraq. Kemudian, pemimpin ISIS, Abu Bakar al-Baghdadi, mengatakan Raqqa di Suriah sebagai ibu kota ISIS yang kedua.

Iraq dan Suriah kemudian melancarkan serangan balas dengan disokong negara Barat, dan bantuan tentera tempatan seperti PMF Irak, dan SDF. Pada 21 Jun 2017, Mosul direbut oleh gabungan pasukan pemerintah dan negara Barat.

Terusirnya ISIS ditandai dengan pengeboman Masjid Nuri, yang menjadi tempat Baghdadi mengiystiharkan ISIS. Sebelum itu pada 11 Jun, Baghdadi dikatakan terbunuh dalam satu serangan udara yang dilakukan jet tempur AS.

Kejayaan Iraq merebut Mosul diikuti oleh Suriah berlaku selama empat bulan berselang. Pada 17 Oktober SDF menyatakan telah menguasai Raqqa sepenuhnya. Kemudian, pada 9 Desember 2017, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, mengumumkan bahwa perang melawan ISIS telah tamat.

8) Serangan ganas di Marawi

Pada 23 Mei 2017, dua kumpulan pengganas di Filipina yang memiliki hubungan dengan ISIS, Maute dan Abu Sayyaf, menyerang daerah Basak Malutlut. Mereka menduduki Rumah Sakit Amai Pakpak dan Pusat Kesihatan Filipina di Marawi.

Akibat serangan tersebut, Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah Mindanao yang mempunyai penduduk seramai 20 juta orang tersebut.

Akhirnya, setelah lima bulan berlaku tembak menembak, dengan jumlah korban mencecah 1,100 orang, Duterte mendakwa Marawi telah sepenuhnya bebas daripada serangan pengganas.

Namun, beliau mengakui bimbang jika kumpulan pengganas bakal kembali menyusun kekuatan. Ekoran itu, beliau meminta Kongres Filipina menyetujui supaya tempoh darurat dilanjutkan hingga 31 Desember 2018.

Kalangan pembangkang bimbang jika aksi politik Duterte bakal membuat Filipina kembali jatuh ke bawah kediktatoran seperti era Ferdinand Marcos.

9) Trump isytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf dan menisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 7 Disember lalu dalam keputusan bersejarah yang mengubah dasar negara itu sejak berdekad-dekad dan mencetuskan risiko keganasan baharu di Asia Barat.

Pengisytiharan itu disambut kritikan tegas serantau dan ia mengakhiri tempoh tujuh dekad ketidaktentuan diplomatik mengenai status bandar suci terbabit, yang didakwa dimiliki Israel dan Palestin.

Sejajar dengan pengumuman itu, Trump turut memulakan proses pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

10) Badai Harvey landa Texas

Badai Harvey melanda Texas dengan kecepatan angin hingga mencapai 130mph, menghantam wilayah pantai negeri itu. Sekurang-kurangnya 30 orang diberitakan maut akibat badai tersebut dan ramai pula yang didapati hilang.

Sekitar 2.000 orang dipindahkan di sekitar Houston, Amerika Serikat, akibat terjahan kuat badai Harvey itu yang turut menyebabkan hujan lebat hingga beberapa tempat dilanda banjir dahsyat.

Badai ini adalah badai paling kuat pernah melanda Texas dalam tempoh lebih 50 tahun.