Malaysia Dateline

10 stesen air Pahang, 2 Selangor paras bahaya

Sebanyak 10 stesen di Pahang dan dua di Selangor berada pada paras bahaya setakat pukul 11.30 malam tadi.

Paras bahaya di Pahang itu membabitkan stesen Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera; Sungai Pahang di Water Front, Bera; Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut dan Sungai Jengka di Jambatan Kampung Awah, Maran.

Selain itu, paras bahaya itu turut melibatkan stesen Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan; Sungai Pahang di Pasir Kemudi, Kuantan dan Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu).

Menerusi laman rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua stesen di Selangor yang mencatatkan paras bahaya melibatkan stesen Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Bernam di Rimba KDR.