Malaysia Dateline

100 ahli akademik bantah pengisytiharan darurat

Sekumpulan ahli akademik terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu berpendapat pemerintahan darurat tidak perlu memandangkan negara tidak berada dalam keadaan terancam seperti mengikut Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka khuatir syor dikemukakan kerajaan itu didorong oleh situasi politik yang tidak menentu dalam pemerintahan Perikatan Nasional (PN) serta kemungkinan penolakan Rang Undang-undang Belanjawan 2021 dalam sidang Parlimen yang dijadualkan awal November ini.

“Adalah jelas bahawa negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi serta krisis kesihatan awam yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 terutamanya di Sabah, dan kedua-dua krisis ini benar-benar membimbangkan.

“Meskipun demikian, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan memiliki sejumlah pilihan undang-undang dan juga pilihan langkah perubatan yang mencukupi demi meratakan lengkung jangkitan Covid-19, seperti dilakukan pada gelombang kedua,” dipetik dalam satu kenyataan mereka hari ini.

Kenyataan bersama termasuk calon doktor falsafah (PhD) dan pensyarah bersara itu menegaskan pemerintah PN dan semua ahli Parlimen perlu berfikir dengan tenang dan bertindak dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Rakyat.

“Kami berpendapat mereka harus menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memelihara cara hidup demokratik yang merupakan hasil peralihan demokrasi secara damai, di samping menjunjung kedaulatan undang-undang dan demokrasi berparlimen, yang pencapaiannya telah meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa,” kata mereka.

Untuk rekod, mesyuarat khas Raja-Raja Melayu dijadual bermula jam 2.30 petang tadi melibatkan semua Sultan bersama Raja Perlis dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Negara.

Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan kepada baginda hasil Mesyuarat Khas Kabinet kelmarin.

Mengulas lanjut, kumpulan akademik dari dalam dan luar negara itu menggesa pemerintah PN dan semua ahli Parlimen menunjukkan sifat kenegarawanan dengan duduk bersama merundingkan belanjawan yang dipersetujui untuk diluluskan oleh Parlimen demi melindungi kepentingan negara dan rakyat.

“Kita semua tentu sedar bahawa pemerintahan darurat memberikan monopoli kuasa kepada Badan Eksekutif tanpa proses semak dan imbang yang perlu oleh Badan Kehakiman dan Badan Perundangan.

“Keadaan sedemikian hanya akan menjejaskan tadbir urus yang baik dan melemahkan pemerintahan menurut undang-undang dan akauntabiliti.

“Sekiranya kita tidak mengambil berat perkara penggantungan dan pengabaian institusi demokrasi ini, akibatnya nanti akan menjerumuskan negara kita ke jalan kemunduran, iaitu pemerintahan autoriter dan diktator, suatu perkembangan yang biasa berlaku pada abad yang lalu,” jelas mereka.

Senarai 91 penandatangan didahului pakar sosiologi pembangunan, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong itu berpendapat pengabaian institusi demokrasi hanya akan merosakkan kedudukan antarabangsa, reputasi kewangan, iklim pelaburan, dan kredibiliti pemerintahan negara kita.

“Inilah harga mahal yang kita semua – rakyat dan negara – akan terpaksa membayarnya nanti.

“Sehubungan dengan itu, kami menyeru supaya semua pihak berfikiran waras dan tenang, bersifat hikmah dan menunjukkan prinsip kenegarawanan.

“Tumpukan kepada kepentingan rakyat, hentikan politiking, selesaikan masalah secara jujur dengan berunding.

“Sekali-kali jangan isytiharkan pemerintahan darurat!” tegas ahli akademik pelbagai kaum sama ada dari universiti awam dan swasta itu lagi.

Berikut senarai lengkap 91 ahli akademik yang membantah pengisytiharan darurat seperti saranan kerajaan Muhyiddin Yassin:

1. Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong, retired academic
2. Prof Emerita Dato Dr Wazir Jahan Karim, Anthropologist and Conservationist
3. Prof Dr Syed Farid Alatas, National University of Singapore
4. Prof Emeritus Dr Tham Siew Yean, retired academic
5. Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Hj Salleh
6. Prof Zaharom Nain, University of Nottingham Malaysia
7. Prof Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Universiti Kebangsaan Malaysia
8. Prof Dr Maude E Phipps, Monash University Malaysia
9. Prof Dr Edmund Terence Gomez, Universiti Malaya
10. Prof Dr Sharmani Patricia Gabriel, Universiti Malaya
11. Prof Dr Teh Yik Koon, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
12. Prof Dr Mohamed Aslam Haneef, International Islamic University of Malaysia
13. Prof Dr Nor Faridah Abdul Manaf, International Islamic University Of Malaysia
14. Prof Dr Chin Yee Whah, Universiti Sains Malaysia
15. Dr Ong Puay Liu, retired professor of anthropology
16. Mr. Abdul Halim Ali, retired professor of sociology
17. Dato’ Dr Ahmad Mahdzan Ayob, retired professor, former university deputy vice-chancellor
18. Dr Francis Loh Kok Wah, retired professor of politics
19. Dr Subramaniam Pillay, retired academic and co- founder of Aliran
20. Dr Madeline Berma, retired academic; Fellow, Academy of Sciences Malaysia
21. Norani Othman, retired professor of sociology
22. Assoc Prof Dr Helen Ting, Universiti Kebangsaan Malaysia
23. Dr Hew Wai Weng, Universiti Kebangsaan Malaysia
24. Assoc Prof Dr.Lew Bon Hoi, New Era University College
25. Dr Lai Suat Yan, Universiti Malaya
26. Dr Khoo Ying Hooi, Universiti Malaya
27. Assoc Prof Dr Yeoh Seng Guan, Monash University Malaysia
28. Assoc Prof Dr Kuik Cheng Chwee, Universiti Kebangsaan Malaysia
29. Dr Mohd Faizal Musa, Universiti Kebangsaan Malaysia
30. Dr Greg Lopez, Murdoch University
31. Dr Charis Quay Huei Li, Université Paris-Saclay
32. Dr Rusaslina Idrus, Universiti Malaya
33. Dr Phua Kai Lit, retired associate professor
34. Assoc Prof Dr Sumit Mandal, University of Nottingham Malaysia
35. Dr Por Heong Hong, Universiti Sains Malaysia
36. Dr Lim Teck Ghee, retired academic
37. Assoc Prof Dr Khoo Gaik Cheng, University of Nottingham Malaysia
38. Dr Mazlan bin Che Soh, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
39. Dr Chong Wu Ling, Universiti Malaya
40. Dr Muhamad Azwan Abd Rahman, Universiti Utara Malaysia
41. Mr Bealeatham Kalimuthu, retired academic
42. Dr Teo Lee Ken, independent researcher
43. Mr Muhammad Ariff Asyrul Adnan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
44. Mr Rosli H. Mahat, retired associate professor of physics
45. Dr Omar Shawkataly, retired academic
46. Dr. Ngo Sheau Shi, Universiti Sains Malaysia
47. Dr Yuwana Podin, Universiti Malaysia Sarawak
48. Dr. Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, International Islamic University of Malaysia
49. Mr Azmyl Yusof, Sunway University
50. Dr Andrew Aeria, retired academic
51. Ms Tricia Yeoh, PhD candidate, University of Nottingham Malaysia
52. Dr. Azmil Tayeb, Universiti Sains Malaysia
53. Dr Koh Sin Yee, Monash University Malaysia
54. Dr Brendan J. Gomez, independent scholar
55. Dr Show Ying Xin, Australian National University
56. Dr Ramze Endut, Universiti Kebangsaan Malaysia
57. Dr V. Selvaratnam, retired academic
58. Mr Haris Zuan Jaharudin, academic & PhD candidate, Cranfield University
59. Ms. Fatimah Mohd Tajuddin, academic & PhD candidate
60. Mr. Mohd Sazni, MA candidate
61. Ms Syahida Johan, academic
62. Mr. Ooi Kok Hin, MA candidate, independent researcher
63. Mr. Zikri Rahman, PhD candidate, National Chiao Tung University
64. Mr. Helmy Muhammad, PhD candidate
65. Ms. Aisyah Tajuddin, academic
66. Ms. Nabilah Huda, academic
67. Mr. Fairuzzaman Shaharuddin, PhD candidate
68. Dr Wan Manan Wan Muda, retired academic
69. Dr Azizan Bahari, retired academic, writer
70. Dr Wan Puspa Melati Wan Abdul Halim, academic
71. Ms. Marilyn Ong Siew Ai, retired academic
72. Dr Athi Sivan T. Mariappan, independent researcher
73. Dr Chan lean Heng, retired academic
74. Dr Wilson Tay Tze Vern, Taylor’s University Malaysia
75. Ms Fang Yi Xue, academic (INTI International University) & PhD Candidate
76. Dr Lee Hwok Aun, ISEAS-Yusof Ishak Institute
77. Dr. Sharifah Munirah Alatas, Universiti Kebangsaan Malaysia
78. Dr Chai Ming Hock, Universiti Sains Malaysia
79. Mr Ab Bassit Husain,academic, Universiti Kuala Lumpur
80. Mr Akmal Hisham Abdul Rahim, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
81. Mr Aznijar Mohd Yazid, Universiti Malaya
82. Dr. Simon Soon, Universiti Malaya
83. Dr Chang Teck Peng, Tunku Abdul Rahman University College
84. Dr Wong Kok Keong, Berjaya University College
85. Dr. Welyne Jeffrey Jehom, Universiti Malaya
86. Dr Ngeow Chow Bing, Universiti Malaya
87. Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, Universiti Kebangsaan Malaysia
88. Dr Peter Chang, Universiti Malaya
89. Assoc Prof Dr Sivachandralingam Sundara Raja, Universiti Malaya
90. Assoc Prof Dr Chang Yun Fah, Taylor’s University Malaysia
91. Mr U K Menon, CEO, Espact Education
92. Dr Johan Saravanamuttu, Professor Emeritus (Universiti Sains Malaysia)
93. Dr Cecilia Ng, pesara ahli akademik.
94. Dr Fiona Lee, University of Sydney
95. Dr Tan Beng Hui, pengkaji bebas.
96. Dr Tan Sooi Beng, pesara bekas profesor pengajian seni muzik,
97. Andrew Khoo, former Commonwealth Professional Fellow
98. Dr Agnes Yeow, Universiti Malaya
99. Assistant Prof Dr Leong Kar Yen, Tamkang University Taiwan
100. Dr Ngu Ik Tien, Universiti Malaya