100 ahli AMANAH Melaka buat pusingan U sertai semula parti

100 ahli AMANAH Melaka buat pusingan U sertai semula parti

Kira-kira 100 ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) Cawangan Kampung Paya Rumput Jaya Hilir, Tangga Batu kembali kepada parti itu semuala selepas 48 jam umum untuk tidak lagi menjadi anggotanya.

Pengerusinya Jalalludin Mulot ketika mengumumkan membuat pusingan U untuk kekal dalam parti hari ini nafi keputusan itu dibuat tanpa desakan oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya jelas beliau masalah dalaman parti peringkat itu yang menjadi punca keputusan meninggalkan parti itu dibuat pada mulanya.

“Kita akan kekal bersama AMANAH Melaka. Biar apa juga masalah, kita akan sentiasa menyokong perjuangan parti.

“Apa yang berlaku kelmarin (tindakan keluar parti), hanyalah salah faham. Perkara ini juga sudah diselesaikan bersama Pengerusi AMANAH Melaka (Adly) tanpa ada campur tangan pihak luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan pembatalan pembubaran AMANAH Cawangan Kampung Paya Rumput Jaya Hilir, Tangga Batu, bersama-sama penyokongnya, di sini.

Mengenai isu pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jalalludin berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Dilaporkan pada Ahad lalu kira-kira 100 ahli jawatankuasa dan anggota termasuk Pengerusi Parti AMANAH Cawangan Kampung Paya Rumput Jaya Hilir, Tangga Batu, mengumumkan keluar parti, sekali gus membubarkan cawangan parti itu di kampung berkenaan.

Loading...

Tindakan itu didakwa susulan krisis dalaman yang berlarutan antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) khususnya membabitkan pemilihan jawatan dalam MPKK.