100 Hari: Kami rela ditegur, tidak berkasar pada yang menegur

100 Hari: Kami rela ditegur, tidak berkasar pada yang menegur

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menegaskan perkembangan janji-janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan bukan untuk mempertahankan kerajaan tetapi menjurus kepada untuk berkongsi dengan rakyat atas apa yang diusahakan sejak 9 Mei lalu.

Ketika mengakhiri ucapan membentangkan perkembangan janji Pakatan Harapan yang disiarkan secara langsung itu, beliau percaya di masa akan datang tidak kira parti mana yang memerintah dan siapa yang menjadi perdana menteri, sudah tentu salah guna kuasa serta kecurian harta awam tidak dibenarkan berlaku.

“Jika ianya berlaku mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang, dan inilah pegangan kerajaan hari ini iaitu memerhati dan memenuhi kehendak rakyat supaya pemerintahan mengikut undang-undang dikuatkuasakan,” katanya.

Bahkan katanya, sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, berjanji tidak akan menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Namun katanya, kebebasan ini tidak termasuk usaha dan laporan menghasut kaum-kaum supaya bermusuh sehingga tercetus huru hara dan rusuhan.

Tambahnya, usaha yang diambil sejak 100 hari lalu tidaklah secara berasingan tetapi dalam usaha untuk memastikan institusi-institusi negara tidak ketinggalan di dalam pengukuhan mereka ketika Pakatan Harapan mengejar janji janji di dalam manifestonya.

Beliau menyedari pemimpin kerajaan hari ini tidak mempunyai pengalaman mentadbir tetapi dalam tempoh 100 hari mereka telah berjaya tunaikan janji dan memperlihatkan keupayaan mereka mentadbir.

“Sebagai manusia biasa kami tidak dapat elak daripada melakukan kesalahan. Kami rela ditegur dan kami tidak akan bertindak kasar kepada yang menegur,”ujarnya mengakhiri ucapan sempena 100 hari Pakatan Harapan mentadbir negara.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga telah memulakan proses untuk menunaikan janji-janji yang lain, iaitu:

1. Harga petrol biasa dikekalkan melainkan RON97 yang kurang diguna.

2. Caruman Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula pada 15 Ogos 2018;

3. Kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing telah dimulakan;

– Pelaksanaan projek kereta api laju High Speed Rail (MyHSR) telah ditangguhkan pada 30 Mei 2018;

– Pelaksanaan Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 3 dibatalkan pada 30 Mei 2018;

– Projek kereta api East Coast Rail Link (ECRL) telah ditangguhkan pelaksanaannya pada 3 Jun 2018;

– Projek Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) telah ditangguhkan pada 5 Julai 2018;

4. Menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum beransur-ansur dalam masa lima tahun telah bermula;

5. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40. Memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara ini sedang disediakan;

6. Suruhanjaya Siasatan Diraja 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Felda, MARA dan Tabung Haji tidak dilaksanakan kerana siasatan pelbagai agensi sedang dijalankan dan mahkamah akan tentukan keputusan kes;

– Siasatan ke atas 1MDB oleh Pasukan Khas telah dimulakan sejak 21 Mei 2018;

– Siasatan ke atas FELDA, MARA dan Tabung Haji juga telah dimulakan;

– Kepimpinan 1MDB telah dirombak sejak 28 Jun 2018;

– Kepimpinan Felda dan Tabung Haji telah dirombak sejak 14 Mei 2018;

7. Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 telah dipersetujui dan akan dibentuk;

8. Berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pemansuhan senarai hitam telah bermula pada 24 Mei 2018 hingga 8 Jun; 2018 melibatkan seramai 429,945 peminjam;

– Selain itu, jumlah pelajar cemerlang yang diberi diskaun atau lupus hutang sehingga 31 Mei 2018 ialah seramai 51,272 peminjam melibatkan amaun sebanyak RM1.56 bilion;

9. Dalam usaha menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda terdapat tiga mekanisma yang dikenal pasti iaitu:

– insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui penyediaan dana sebanyak RM300 juta untuk lima tahun;

– pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem Felda melibatkan 90,418 peneroka dengan kos sebanyak RM452 juta;

– insentif pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV) melibatkan 77,972 peneroka dengan kos sebanyak RM103 juta.

 

 

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS