100 keluarga terjejas banjir terima sumbangan AMANAH

100 keluarga terjejas banjir terima sumbangan AMANAH
Amanah Sabah menyerahkan bantuan kepada sebahagian keluarga yang terjejas banjir di beberapa buah kampong di Kota Marudu.

Sebanyak 100 buah keluarga terjejas banjir di Kota Marudu daripada 3 buah kampung, menerima sumbangan daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sumbangan berupa makanan keperluan asas telah disampaikan oleh Penyelaras AMANAH Kawasan Kota Marudu, Rendy Ismail.

Tiga buah kampung yang menerima sumbangan adalah Kg Beliajung, Kg Masolog dan Kg Timbang Batu. AMANAH sejak hari pertama berlaku banjir telah turun padang membantu penduduk yang terjejas banjir.
K
etua Pemudanya Khairuddin Daud berkata, sejurus selepas mangsa terjejas banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, AMANAH telah turun padang membantu masyarakat membersihkan rumah mereka yang terkena banjir.

“Sumbangan turut diberikan oleh Pemuda AMANAH Nasional. Kami merakamkan jutaaan terima kasih dan pengahargaan kepada Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sany Hamzan, Timbalan Ketua Pemuda, Faiz Fadzil dan barisan kepimpinan pemuda yang memberikan sumbangan.

“Diharap dengan sumbangan ini akan dapat meringankan bebas para penduduk yang terjejas,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha AMANAH Pemuda Negeri Sabah, Ammy Ak Nila.