Selesai runding 100 kerusi parlimen, J/K Penyelarasan Parlimen PH dibentuk

Selesai runding 100 kerusi parlimen, J/K Penyelarasan Parlimen PH dibentuk

Satu Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Pakatan Harapan akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan parlimen yang sudah selesai rundingan kerusi membabitkan empat parti gabungan itu.

Pengerusi Majlis Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah (Gambar bawah) berkata, rundingan kerusi kini masuk fasa kedua iaitu fasa rundingan di peringkat negeri.

Saifuddin Abdullah “Semua rundingan kerusi parlimen akan selesai hujung bulan ini Satu Jawatankuas Penyelaras Parlimen Pakatan Harapan akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan Parlimen.

“Ia meliputi rundingan kerusi Pakatan Harapan yang sudah selesai di lakukan di setiap negeri,” ujarnya selepas menghadiri mesyuarat mingguan Majlis Sekretariat Pakatan Harapan di ibupejabar AMANAH hari ini.

Jelas Saifuddin lagi, PH memberikan tumpuan kepada rundingan kerusi berdasarkan parti bukan calon yang bertanding dan beliau tidak menolak kemunculan muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita hendak masuk PRU sudah tentu hendak menang. Kita kena praktikal, kita sudah lihat semua faktor, kerusi yang kita tandingi ada peluang untuk kita menang,” ujarnya.

PH turut membayangkan tiada lagi kerjasama dengan Pas sebaliknya akan meletakkan calon bertanding di 222 kerusi Parlimen termasuk kerusi di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menganggap kerusi di Sabah dan Sarawak lebih unik dan mencabar berbanding di Selangor.

“Yang unik bukan di Selangor, tetapi Sabah dan Sarawak. Kerusi Selangor sama sahaja seperti negeri lain,” katanya menjawab soalan media  mengenai kedudukan kerusi PH di Selangor.

{loadposition myposition}

CATEGORIES
TAGS