Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
100 penguat kuasa DBKL bakal pantau Pintasan Saloma

100 penguat kuasa DBKL bakal pantau Pintasan Saloma

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 16, 2020 11:10 pm




Seramai 100 penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertugas memantau jambatan pejalan kaki Pintasan Saloma berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata pemantauan sepenuh masa sepanjang 370 meter laluan itu yang akan bermula minggu depan itu bagi mengelak ia menjadi tempat tinggal gelandangan dan aktiviti vandalisme.

“Kita jadikan banyak tempat yang cantik di Kuala Lumpur, tapi akhirnya di situ juga dia (gelandangan) nak melepak. Kita perlu tangani masalah ini sebaik mungkin dan bawa gelandangan ini ke rumah transit,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kenduri Rakyat Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 hari ini.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH itu berkata, DBKL sudah pun memulakan pengambilan tambahan pegawai penguat kuasanya bagi tujuan tersebut.

Seni bina Pintasan Saloma yang diilhamkan daripada Sirih Junjung itu memendekkan tempoh perjalanan ke Kampung Baru daripada 30 minit kepada tujuh minit sahaja.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production