1,000 baju bantah ICERD dijual dalam tempoh lima hari

1,000 baju bantah ICERD dijual dalam tempoh lima hari

Pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hadi Othman, 25, dilapor menjual t-shirt bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan sambutan menggalakkan.

Menurutnya, baju itu dijual dalam lima corak yang berbeza dengan pelbagai harga bermula RM20 sehelai manakala RM15 untuk belian secara borong.

“Dalam masa lima hari sahaja kira-kira 1,000 helai pakaian sudah terjual dan sambutan diluar jangkaan,” dipetik dari Utusan Malaysia hari ini.

Pemilik akaun Facebook Baju ICERD Murah itu memberitahu, selain jualan dalam talian dia juga bercadang untuk menjual pakaian tersebut di Dataran Mendeka pada hari himpunan tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, bukan niatnya mahu mengambil kesempatan di sebalik penganjuran menolak ICERD, 8 Disember ini

“Tetapi saya yakin peserta himpunan mencari pakaian yang bersesuaian sebab itu saya menjualnya.

“Tidak sangka cubaan itu membuahkan hasil malah saya sedang membuat persediaan untuk mengeluarkan baju t-shirt muslimah bagi himpunan tersebut,” tambahnya lagi.