Malaysia Dateline

100Plus tawar 100 penyertaan percuma SCKLM 2019

Peminat sukan larian kini berpeluang menguji kemampuan mereka pada Standard Chartered KL Maraton (SCKLM) 2019 apabila produk minuman isotonik, 100PLUS menawarkan 100 penyertaan percuma pada perlumbaan itu.

Pengarah Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Graham Lim berkata 50 pemenang bertuah bagi peraduan 100PLUS SCKLM, masing-masing akan menerima dua penyertaan untuk perlumbaan utama maraton itu di negara ini yang akan berlangsung pada 29 Sept.

Susulan kesemua penyertaan pada tahun ini sudah diisi melalui saluran rasmi termasuk menerusi proses undian baru-baru ini, 100PLUS menyediakan satu lagi peluang kepada peminat sukan larian bagi menyertai perlumbaan itu melalui peraduan yang boleh disaksikan secara langsung dalam Facebook 100PLUS (https://www.facebook.com/my100plus/) bermula esok sehingga 18 Mac ini.

Maklumat terperinci serta terma dan syarat penyertaan boleh didapati di Facebook 100PLUS.

Graham juga mengesahkan kira-kira 38,000 pelari pada SCKLM tahun ini boleh menikmati minuman isotonik itu semasa perlumbaan berkenaan kerana 100PLUS akan mewujudkan stesen minuman di sepanjang laluan larian tersebut kepada peserta.

“Pada SCKLM tahun ini, orang ramai akan dapat merasai 100PLUS Active, produk bertujuan untuk menghilangkan dahaga dengan menyediakan tenaga mencukupi semasa dan selepas bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang akibat peluh.

“Minuman isotonik bukan berkarbonat ini menyegarkan, memulih dan memberi tenaga semula dengan tambahan Vitamin B3, B6 dan B12,” katanya dalam kenyataan.

100PLUS, minuman isotonik nombor satu negara, baru-baru ini mengumumkan memperbaharui kerjasama dengan SCKLM, melalui perjanjian selama empat tahun bersama penganjur selepas kali terakhir menaja perlumbaan itu pada 2016.-BERNAMA.