Malaysia Dateline

101 kes baharu positif Covid-19 hari ini

Malaysia mencatat rekod jangkitan positif Covid-19 sebanyak 101 kes baharu setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 97 daripadanya membabitkan penularan tempatan dengan empat lagi adalah kes import.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu, 93 kes membabitkan rakyat tempatan, manakala empat lagi membabitkan warga asing.

Setakat ini juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan keseluruhan 11,135 kes Covid-19 dengan 9,939 daripadanya sembuh.

Bagaimanapun, 50 kes pulih dicatatkan hari ini, dengan tiada kematian dilaporkan. Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 134 kes.

Sementara itu, 13 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan alat bantuan pernafasan.