Malaysia Dateline

107 kes kematian, 892 pesakit dalam ICU

Sebanyak 107 kes kematian telah dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini 5,434 kes.

Ianya melibatkan 51 kes di Selangor, 21 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, enam kes di Johor, masing- masing lima kes di Kedah dan Pahang, empat kes di Melaka, serta masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 892 orang di mana 443 orang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri yang mencatatkan nilai RT atau kadar kebolehjangkitan yang tertinggi adalah Pahang (nilai RT 1.27) manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.13), Selangor (1.07), Pulau Pinang (1.07), Melaka (1.07), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.03), Kedah (1.03),
dan Perak (1.00).