Malaysia Dateline

10,710 kes Covid-19 hari ini, turun selepas lima hari cecah lima angka

Kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan kepada 10,710 kes selepas lima hari berturut-turut mencecah jangkitan lima angka.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak membawa maut itu berjumlah 916,561 kes.

Namun, data jangkitan baharu di Selangor tidak banyak berubah walaupun berlaku sedikit penurunan dengan 4,828 kes berbanding 4,985 kes semalam.

Selain Selangor, lima lagi negeri dan wilayah yang merekodkan kes baharu tertinggi hari ini ialah Kuala Lumpur 945 kes diikuti Johor (808 kes), Negeri Sembilan (771 kes), Kedah (696 kes) dan Sabah 666 kes.

Antara 200 hingga lebih 400 kes hari ini pula dikesan di lima lagi negeri iaitu Perak (407 kes), Pahang (369 kes), Pulau Pinang (295 kes), Melaka (289 kes) dan Sarawak 261 kes.

Sementara itu, dua negeri berjiran di Pantai Timur Semenanjung iaitu Kelantan dan Terengganu mencatatkan lebih 100 kes dengan masing-masing 146 kes dan 123 hari ini.

Baki lagi tiga negeri dan wilayah menyaksikan pertambahan kurang 100 kes iaitu Putrajaya (51 kes), Labuan (50 kes) dan Perlis hanya lima kes.