Malaysia Dateline

109 orang meninggal dunia, 886 dalam ICU

109 kes kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini sudah mencecah 3,291 kes.

Kes kematian pada hari ini yang melibatkan 33 kes di Selangor, 22 kes di Johor, 12 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan kes di Negeri Sembilan, enam kes di Kelantan, masing-masing lima kes di Kedah dan Melaka, empat kes di Perak, tiga kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua kes di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, serta masing-masing satu kes di Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 886 orang di mana 446 orang memerlukan alat bantuan pernafasan di seluruh negara.

Sebanyak 24 kluster baru telah dilaporkan pada hari ini.