Malaysia Dateline

11 AJK AMK Gombak nyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Amirudin Shari

Seramai 11 Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari.

Naib Ketua AMK Gombak, Arie Yudistira Ishaq berkata, pihaknya bertekad membantu usaha Amirudin Shari selaku Ketua Cabang dalam meneruskan usaha untuk memastikan kestabilan cabang dan negeri dipelihara.

“Ia (usaha Amirudin) adalah demi aspirasi rakyat negeri yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

“Saya bersama-sama 10 AJK AMK Gombak yang bertanding pada pemilihan 2018, dengan ini menyatakan dokongan dan sokongan penuh kepada Datuk Seri Amirudin selaku Ketua Cabang Keadilan Gombak, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Selangor dan Dato’ Menteri Besar Selangor,” katanya.

Beliau bersama 10 lagi AJK AMK Gombak menyatakan sokongan penuh mereka menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

10 AJK yang lain itu adalah Naib Ketua AMK Gombak, Mohd Azrin Ahmad; Pengarah Strategik & Komunikasi AMK Gombak, Mohammad Ammirul Azahar; dan tiga Exco AMK Gombak, Mohd Faizol Amat, Muhammad Hafiz Bidin dan Adlan Firman Shah Andry.

Lima lagi AJK ialah, Penyelaras AMK Gombak Dun Sungai Tua, Mohd Arif Ahmad dan empat Exco AMK Gombak iaitu Narendran Chettiar a/l Murukan; Anis Amelia Abdul Azim Ravi; Mohd Khairul Amin Mohamed Kamil dan Logeswaran a/l Daniel.