Malaysia Dateline

Sejauh mana kita tahu insentif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia?

Senator Aiman Athirah Al-Jundi yang merupakan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dalam posting di Facebook beliau bertajuk “Sejauh mana kita tahu…” menyenaraikan antara insentif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia seperti berikut:

1. Rebat bil elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga miskin dan miskin tegar berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih.

2. Harga runcit bahan bakar lebih rendah bermula 1 Januari 2019.

3. Peruntukan khas berjumlah RM77 juta Kementerian Kewangan kepada peneroka FELDA bagi tahun 2018.

4. Geran sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).

5. Bayaran bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

6. Penetapan semula harga minimum getah sekerap pada kadar RM2.50 per kilogram berbanding sebelumnya RM2.20 per kilogram bermula tahun depan (naik 30 sen/kg).

7. Bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar dua kali pada Disember 2018 dan Januari 2019) kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

8. Bayaran bantuan sara hidup dipercepatkan ke Januari 2019.

9. Bayaran royalti petroleum & gas mula dibayar terus kepada kerajaan Terengganu. Kelantan pula menunggu pengesahan penarikan balik semula saman royalti oleh kerajaan Kelantan.

10. Caj tol bagi motosikal dimansuhkan di Jambatan Pulau Pinang mulai Januari 2019.

11. Skim Subsidi Harga Padi (SSPH) dinaikkan kepada RM360 bagi satu tan berbanding RM300 sebelum ini.