Malaysia Dateline

11 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 11 kematian baru setakat semalam.

Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sehingga 8 Januari, sebanyak 31,655 kes.

Menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah kematian yang dilaporkan, dua kes didapati meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Keseluruhan kes BID kini sebanyak 6,386 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak enam kes atau 54.5 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan diikuti Kelantan (1), Perak (1), Sabah (1), Sarawak (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.