Malaysia Dateline

11 lagi mati, jadikan jumlah 700 hari ini

11 lagi meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah mangsa meninggal akibat Covid-19 mencecah 700 orang hari ini.

Kes sembuh hari ini lebih dari kes baharu iaitu 4,076 kes sembuh manakala kes aktif kini adalah 40,574.

3,585 kes positif baharu dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kes di Malaysia adalah 190,434.

Daripada jumlah berkenaan, 3,583 kes merupakan penularan tempatan manakala dua lagi adalah kes import.

Jumlah kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 280 kes dengan 111 memerlukan bantuan alat pernafasan.