11 sebab rakyat akan beralih sokong Bersatu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 11 sebab mengapa mereka akan menerima sokongan dari ahli Umno dan rakyat terhadap penubuhan parti baharu itu dalam persada politik tanah air.

11 sebab rakyat akan beralih sokong Bersatu

Jawatankuasa penaja mengadakan sidang media pada Ahad lalu untuk menerangkan hala tuju Bersatu.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 11 sebab mengapa mereka akan menerima sokongan dari ahli Umno dan rakyat terhadap penubuhan parti baharu itu dalam persada politik tanah air.

Setiausaha Penaja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, di kalangan yang berlumba-lumba menyertai parti ini terdiri daripada pelbagai pihak dan golongan masyarakat.

“Mereka yang tidak pernah menyertai mana mana parti politik. Mereka yang tidak pernah minat politik.Mereka yang sudah hilang kepercayaan dengan pemimpin yang ada sekarang.

“Mereka yang sudah tidak yakin dengan kerajaan sekarang. Mereka yang mahukan perubahan.

“Mereka yang percaya kepada kepelbagaian kepimpinan yang ditonjolkan dalam barisan penaja parti dan yang akan datang.

“Mereka yang berminat dengan visi perjuangan parti yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu ‘memberi harapan baru’ kepada masyarakat Malaysia (A new deal all Malaysians).

“Mereka yang menyanjung dan menghargai ketokohan Tun Mahathir.Mereka yang teruja dan ingin tahu hala tuju parti ini.

” Mereka yang sudah bosan dengan keangkuhan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang.Golongan muda yang diterima baik dalam wadah parti baru ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarulazman turut menjelaskan harapan parti itu diluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan sedikit masa lagi.

” Kita masih menanti berita tentang kelulusan permohonan tersebut. In shaa Allah jika tiada halangan, kita akan menerima berita gembira dalam masa yang terdekat ini.

“Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan minat untuk menjayakan parti ini apabila ia diluluskan kelak,” ujarnya.

Kamarulazman Habibur RahmanBeliau juga menjelaskan, walaupun ada pihak yang kurang senang dan memperlekehkan penubuhan parti baharu ini, ia sedikitpun tidak mematahkan semangat jawatankuasa penaja.

“Walaupun ada pihak yang memperlekehkan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, mereka jugalah yang berusaha menyerang dan terus memberi tekanan kepada parti ini dan barisan pemimpin penajanya.

“Media kerajaan digunakan oleh pemimpin kerajaan untuk memburukkan keperibadian pemimpin Bersatu walaupun parti baharu ini masih belum diluluskan.

“Budaya memfitnah dan memburukkan Tun Mahathir,Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukriz dan lain-lain ini hanyalah strategi alih tumpuan “diversion” yakni sekadar ingin mematikan isu skandal 1MDB yang masih tak terjawab,” jelas kenyataan itu.

Pada 9 Ogos lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri 

Ahmad Zahid Hamid  berkata, proses pendaftaran parti Bersatu dijangka mengambil masa dalam tempoh 30 hari sebelum diluluskan oleh satu jawatankuasa di bawah Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Sosial (RoS) sebagai mengulas mengenai penyerahan dokumen pendaftaran parti Bersatu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di RoS pada hari sama.

Pada Ahad lalu satu sidang media yang dihadiri pengasas Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan jawatankuasa protem telah mengadakan sidang media pertama mereka untuk menjelaskan lebih lanjut berkaitan penubuhan Bersatu

Antara lain Bersatu menyatakan pendirian untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.