Malaysia Dateline

1,123 kes baharu, 4 kematian dan 130 dalam ICU

Sebanyak 1,123 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 71,359 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,775 kes, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,118 kes.

Sehingga kini katanya, terdapat 130 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 380 kes (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Bagaimanapun katanya bilangan kes sembuh COVID-19 hari ini melebihi kes baharu iaitu sebanyak 1,143 menjadikan
jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 60,204 kes.