Malaysia Dateline

113 kes baharu Covid-19 di Langkawi, tiada pelancong dijangkiti

Pulau Langkawi merekodkan sebanyak 113 kes positif baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan semalam.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mansor Ismail berkata, semua kes yang direkodkan adalah hanya membabitkan penduduk tempatan dan tiada pelancong terbabit.

“Mukim Kuah mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi dengan 41 kes, diikuti Kedawang (24) dan Padang Matsirat (17).

“Ia disusuli Mukim Bohor dengan 13 kes baharu hari ini, Ayer Hangat (10) dan Ulu Melaka (lapan),” lapor Harian Metro.

Beliau berkata, angka itu menjadikan kini terdapat 475 kes aktif di seluruh pulau legenda itu dan jumlah kumulatif sejak wabak Covid-19 menular mencecah 5,097 dengan 68 kematian.