113 migran diselamatkan tentera Libya

113 migran diselamatkan tentera Libya

Tentera laut Libya menyelamatkan 113 migran haram termasuk wanita dan kanak-kanak di luar perairan di barat negara itu.

Pihak tentera dalam satu kenyataan berkata kesemua migran asing itu diselamatkan ketika berada dalam sebuah bot getah.

Mereka diselamatkan kira-kira 75 kilometer dari pesisir pantai Tripoli, kebanyakannya migran dari beberapa negara Afrika.

Mereka kemudian dihantar ke pusat pelawat di bandar Zawiya, kira-kira 45 kilometer barat Tripoli.

Ribuan migran haram memilih menyeberangi Mediterranean menuju ke pantai Eropah dari Libya ekoran masalah pemberontakan yang membelenggu negara itu sejak 2011.

— BERNAMA