12 militan Taliban maut, 18 ditahan di timur Afghanistan

12 militan Taliban maut, 18 ditahan di timur Afghanistan

Sekurang-kurangnya 12 militan Taliban terbunuh dan 18 yang lain ditangkap dalam operasi dijalankan tentera kerajaan di beberapa daerah terpencil, kata jurucakap kerajaan wilayah, Aref Nuri.

Tentera kerajaan melancarkan serangan udara dan darat yang menyasarkan tempat persembunyian Taliban di daerah Khogiani dalam tempoh 24 jam lepas.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pemberontak yang ditahan itu dibawa ke Kabul untuk membantu siasatan.

— BERNAMA