12 tahun kerja, tindakan bos bagi bonus 2 bulan untuk Raya tuai pujian, rupanya pernah bagi rumah dan kereta juga

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada majikan yang tahu menghargai pekerja apatah lagi mereka yang sudah berkhidmat lebih sedekad.

Tular mengenai seorang ahli perniagaan Malaysia, Sunny Seow yang memberi bonus kepada dua pekerja melayu bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Kedua-dua mereka di hadiahkan dua bulan bonus dan cuti Raya selama seminggu untuk tahun ini.

Sebelum ini Seow pernah melunaskan tunggakan sewa selama setahun untuk menyelamatkan gerai nasi lemak kegemarannya daripada ditutup.

Menerusi hantaran di Facebook, Seow memaklumkan sudah bekerja selama 12 tahun bersama dua pekerjanya itu.

Malah mereka sudah bersamanya dari mula perniagaan hinggalah berjaya berada di tahap sekarang ini.

Gaji dah cecah RM5k sebulan

Bermula dengan gaji hanya RM900, kini pendapatan kedua pemudai itu mencecah RM5,000 sebulan.

Malah dua pekerja tersebut turut menerima rumah dan kenderaan untuk memudahkan kerja mereka.

Beri rumah dan kereta

Bagi Seow itu adalah harga untuk sebuah kesetiaan dan satu pelaburan untuk mengekalkan pekerja dengan menambah baik mutu kerja mereka.

“Mereka baru berusia 16 tahun ketika menyertai pasukan saya. Saya juga telah memberikan mereka sebuah rumah dan sebuah kereta.

“Kini, salah seorang daripada mereka mempunyai keluarga dengan dua anak. Saya mengubah hidup mereka, membantu mereka keluar dari kemiskinan.

“Saya berterima kasih kepada mereka atas kesetiaan mereka selama 12 tahun ini. Mereka mungkin tidak memperoleh banyak, tetapi mereka masih membuatnya berfungsi.

“Semoga berjaya buat mereka,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Baca juga: “Bajet Rahmah kali kontraktor dia”, netizen terhibur tengok saiz bonggol di Sabah yang sangat kecil