Malaysia Dateline

1,210 kes baharu, 5 kematian dicatat Covid-19 hari ini

Sebanyak 1,210 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 49,370 dengan kebolehjangkitan sebanyak 12,788 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan jumlah positif yang direkodkan, 1,191 adalah kes tempatan manakala 19 lagi adalah kes import.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melaporkan 1,018 kes sembuh baharu dengan jumlah kes dibenarkan discaj sebanyak 36,624 kes.

Sementara itu, lima kematian baharu dicatatkan dengan kumulatif kes mati disebabkan jangkitan Covid-19 sebanyak 318 kematian.

Dilaporkan juga, seramai 105 pesakit diletakkan di bawah Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.