Malaysia Dateline

1,212 kes baharu, tiga lagi kematian akibat Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatat sebanyak 1,212 kes baharu setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini kepada 65,697 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga kes kematian dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes kematian hari ini sebanyak 360 kes.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,578 kes.

Daripada jumlah itu, 113 orang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, sebanyak 2,112 kes pulih pula direkodkan hari ini, sekali gus jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan Covid-19 sebanyak 54,759 kes iaitu 83.4 peratus.