Malaysia Dateline

1,219 kes baru, hanya 2 kes kematian hari ini

Terdapat sebanyak 1,219 kes baharu telah dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini adalah 327,253 kes manakala sebanyak 15,075 kes merupakan jumlah kes aktif.

Daripada kes baharu, sebanyak 1,212 kes membabitkan penularan tempatan manakala 7 kes lagi melibatkan kes import.

Bagaimanapun terdapat dua kes sahaja dilaporkan telah meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan ialah 1,220 orang.

154 pesakit masih mendapat rawatan di ICU di mana 64 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 1,346 kes menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 310,958 kes (95.02%).