Malaysia Dateline

1,247 kes baharu, 108 dalam ICU, 3 kematian

Sebanyak 1,247 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 101,565 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 18,576 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,245 kes.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 449 kes (0.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 461 kes (37.0 peratus) daripada jumlah ini, sebanyak 309 kes (67.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 225 kes (18.0 peratus) dan Johor sebanyak 205 kes (16.4 peratus).

Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,441 kes.