Malaysia Dateline

1,268 kes baru, 73 pesakit bergantung alat bantuan pernafasan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,268 kes baru positif COVID-19 telah dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 336,808 kes.

Lima kes daripada kes import membabitkan empat warganegara dan satu bukan warganegara, manakala 1,263 kes adalah kes tempatan.

Seramai 161 pesakit masih berada di ICU di mana 73 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Hanya dua orang sahaja disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 menjadikan kumulatif kes kematian 1,246 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor. Kedua-dua kes kematian melibatkan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (38.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 412 kes (84.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 141 kes (11.1 peratus) dan Johor sebanyak 135 kes (10.6 peratus).