Malaysia Dateline

12,735 kes baharu Covid-19, lima negeri catat kes empat angka

Terdapat 12,735 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu mencecah 2,245,695 kes.

Lima negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka dengan Sarawak kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu 2,467 kes.

Selangor merekodkan 1,940 kes baharu, disusuli Johor (1,241), Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).

Lapan negeri dan wilayah merekodkan kes tiga angka iaitu Sabah dengan 993 kes diikuti Perak (913), Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697), Kuala Lumpur (258), Melaka (194) dan Negeri Sembilan (132).

Sementara itu, Perlis mencatatkan 97 kes baharu manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing 28 kes dan satu kes.