Malaysia Dateline

1,275 kes baru, 13 kluster baru dikenal pasti

1,275 kes jangkitan baharu positif COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan kumulatif kes baharu sebanyak 339,443 kes.

Daripada jangkitan baru ini terdapat 32 kes membabitkan import manakala 1,243 membabitkan kes dalam tempatan.

Seramai 161 pesakit masih ditempatkan dalam ICU di mana 70 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat satu sahaja kes kematian hari ini iaitu di melibatkan warganegara di Selangor.

KKM juga memaklumkan sebanyak 1,509 kes menjadikan kumulatif kes sembpuh setakat ini 323,925 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 478 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 389 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 213 kes (16.7 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 137 kes (10.7 peratus).

Terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 11 kluster tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.