13 calon Amanah PRN Sarawak diperkenal malam ini

13 calon Amanah PRN Sarawak diperkenal malam ini

 

Kesemua 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 akan diperkenalkan pada satu majlis bersama media malam ini.

 Kesemua 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 akan diperkenalkan pada satu majlis bersama media malam ini.

Program dijadual berlangsung di Hotel Grand Continental, di sini pada jam 8.30 malam ini.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir yang ditemui berkata, pengumuman malam ini akan dibuat Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub selaku Pengarah Jawatankuasa Induk Amanah bagi PRN Sarawak.

Salahuddin juga katanya akan bertindak menggalas tugas Presiden Amanah Mohamad Sabu yang telah dihalang masuk ke negeri ini sejak 22 Mac lalu.

“Sebahagian besar AJK Amanah Nasional dijangka hadir pada majlis media malam ini.

“Ini adalah peristiwa bersejarah bagi parti Amanah yang baru dilahirkan 6 bulan lalu dan akan beraksi di pentas pilihan raya di negara ini untuk julung kalinya di Bumi Kenyalang yang terkenal di seluruh dunia,” katanya.

Menolak anggapan bahawa Amanah sebagai parti semenanjung, Mohd Anuar berkata parti itu telah diasaskan secara bersama oleh penggiat politik sama ada dari semenanjung mahupun Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Mohd Anuar turut memaklumkan bahawa pihaknya sudah selesai urusan teknikal dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri pagi ini.

“Pagi tadi saya bersama Timbalan Setiausaha Agung (Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus) telah beberapa jam di pejabat SPR bagi menyelesaikan urusan teknikal khususnya berkaitan bayaran deposit untuk calon-calon,” katanya.

TAGS