13 cawangan penaja AMANAH dari kaum India diterima

Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir memberitahu beliau menerima penubuhan 13 cawangan penaja AMANAH dari kaum India di Mentakab, Pahang.

“Hari ini di Mentakab menerima 13 cawangan penaja Amanah dari kaum India.

“Tahniah. Terus Menjunjung Amanah Rakyat,” dipetik dari Facebook Ahli Parlimen Temerloh berkenaan.

Untuk rekod, AMANAH sebagai parti Islam yang ditubuhkan pada 16 September 2015 menerima keahlian daripada pelbagai kaum dan agama.

Penyertaan sulung AMANAH pada PRU-14 lalu menyaksikan ‘parti nyamuk’ seperti pernah dilabel Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini sudah mempunyai tiga pemimpin bergelar menteri.

Keputusan bersejarah 9 Mei lalu menyaksikan AMANAH menang di 11 kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara.

 

9.8
OVERALL SCORE
: 10.0
5 user votes x 9.8
CATEGORIES
TAGS