1:3 orang rakyat Malaysia usia 16 tahun alami masalah kesihatan mental

1:3 orang rakyat Malaysia usia 16 tahun alami masalah kesihatan mental

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2015 mendapati masalah kesihatan mental dalam masyarakat berumur 16 tahun ke atas adalah 29.2%, bermaksud 1 dalam 3 orang rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM telah membangunkan Program Kesihatan Mental Komuniti bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan mental.

“KKM telah membuat promosi kesihatan mental dengan mengadakan kempen-kempen cara hidup sihat yang memfokuskan kepada menangani stress dan aktiviti kesedaran kesihatan mental dan pencegahan kemurungan seperti pameran, forum dan seminar,

“Selain itu, KKM menerbitkan bahan bahan pendidikan kesihatan dan mewujudkan satu laman web portal www.myhealth.gov.my untuk memberi maklumat tentang kesihatan mental dan penyakit mental,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan KKM.

Beliau hari ini menghadiri Majlis Pelancaran Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 yang diadakan setiap 10 Oktober di PICC, Putrajaya yang turut merasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Dzulkefly juga menekankan, pencegahan dan rawatan juga boleh dilakukan di 948 buah klinik dan 48 buah hospital serta 22 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di seluruh Malaysia.

Dalam pada masa sama, beliau menjelaskan kolaborasi dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta NGO juga akan dilakukan untuk menangani masalah ini.

“Kita telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia semenjak 2011 yang lalu termasuklah 2343 buah sekolah menengah terlibat dalam program ini,

“Usaha lain dilakukan adalah seperti membangunkan Pelan Tindakan Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan bagi melaksanakan usaha usaha cegah bunuh diri dan Memperhalusi penyediaan Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan Program Kesihatan Mental,” katanya

Sementara itu, Dr Dzukefly menyeru agar lebih banyak agensi dan NGO NGO turut bersama-sama menjayakan program ini.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote