Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
13 persatuan nelayan terima dana RM17. 7 juta dari TPEN

13 persatuan nelayan terima dana RM17. 7 juta dari TPEN

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHMay 16, 2019 10:24 pm




Sebanyak 13 persatuan nelayan menerima dana sebanyak RM17. 7 Juta dari Tabung Pembangunan Ekonomi Nelayan (TPEN) sempena Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Dana Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama Persatuan Nelayan.

Pengerusinya, Faiz Fadzil, berkata, dana tersebut diperuntukkan kepada 16 penerima melalui tiga skim utama di bawah program Dana Nelayan iaitu Skim Pinjaman Pembangunan Institusi Nelayan (SPIN), Skim Pinjaman Nelayan Pantai (SNEP), dan Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED).

Katanya, kemudahan pinjaman tanpa faedah Program Dana Nelayan ini merangkumi aktiviti sektor perikanan seperti aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pemasaran, dan aktiviti membudayakan perniagaan di kalangan nelayan untuk menceburi bidang perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan sedia ada.

“Saya amat berharap agar peruntukan yang diberi ini digunakan sebaik mungkin oleh semua penerima di sini untuk lebih bergiat aktif menceburi dan menerokai bidang perniagaan baru yang berasaskan sektor perikanan negara seterusnya menjadikan kita sebagai peneraju utama industri perikanan negara.

“Peruntukan dana ini selaras dengan Hala Tuju Pertama dalam Strategi 4 iaitu Peningkatan Pengeluaran Dalam Subsektor Perikanan untuk yang memberi penumpuan kepada peningkatan perikanan laut dalam yang masih berpotensi untuk dimajukan, permodenan vesel dan teknologi penangkapan ikan bagi meningkatkan sasaran perikanan marin menjelang 2020.

“Bermula 2001 hingga 2019, lebih dari RM130 Juta peruntukan telah dikeluarkan bagi tujuan pinjaman dana nelayan yang melibatkan penerima faedah melebihi 4,700 orang nelayan seluruh negara dengan pelbagai skim pinjaman,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Dana LKIM bersama Persatuan Nelayan.

Dalam pada itu, katanya, LKIM memberi jaminan bekalan ikan mencukupi sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Katanya, Nekmat ketika ini mempunyai stok ikan segar beku harian berjumlah 880 metrik tan yang disimpan di bilik sejuk seluruh negeri.

“Sekiranya berlaku kekurangan bekalan ikan di pasaran, Nekmat akan mengedarkan bekalan itu di pasar-pasar tani di seluruh negara di mana kita yakin jumlah itu mampu menampunh permintaan pasaran sepanjanh tempoh tersebut.

“Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui LKIM telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sekatan eksport bagi spesis ikan terpilih seperti Kembung, Selar, Pelaling dan Selayang pada pra dan pasca perayaan bermula dari 1 Mei sehingga 30 Jun 2019.

“Harga ikan juga dijangka terus stabil dan berpatutan ekoran tidak mengalami masalah bekalan dan persiapan telah dilakukan di antara LKIM, NEKMAT, Jabatan Perikanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” ujarnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production