Malaysia Dateline

13 peskit baharu COVID-19, kematian kekal 121 kes

Terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes.

Daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, lapan kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan enam warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara (pemastautin tetap).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada lima kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah dalam kalangan warganegara dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Katanya, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala dua kes
tersebut memerlukan bantuan pernafasan sehingga hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.