JMM gesa SPRM siasat dakwaan penyelewengan zaman Tun Mahathir

JMM gesa SPRM siasat dakwaan penyelewengan zaman Tun Mahathir

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini menyerahkan beberapa dokumen berkaitan dakwaan pembabitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan skandal salah guna kuasanya ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebanyak 13 dakwaan yang disenaraikan membabitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu mahukan SPRM segera menjalankan siasatan,membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan ke atas dakwaan tersebut.

“JMM berharap agar Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull akan bertindak dengan penuh integriti dan meneruskan siasatan berdasarkan maklumat yang telah diberi hari ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada media di Ibupejabat  SPRM  di Putrajaya  hari ini.

JMM menyenaraikan 13 perkara yang disebut sebagai penyerahan Laporan dan Maklumat Salahgunakuasa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu:

Aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pemantau Kerajaan Malaysia Baru, Datuk Lokman Adam yang turut hadir pula berkata, pimpinan utama kerajaan PH hari ini juga pernah membuat laporan sama kepada SPRM tetapi suruhanjaya itu tidak melakukan sebarang tindakan kerana dikuasai oleh perdana menteri waktu itu,

“Laporan SPRM terdahulu oleh pemimpin terdahulu antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan AzizahWan Ismail, Lim Guan Eng pernah membabtikan Dr Mahathir.

“Jika benar kerajaan hari ini dengan slogan ‘Malaysia Baharu’ kita mahu tindakan juga boleh diambil ke atas Dr Mahathir.

“Dulu tidak ada langsung kertas petuduhan dengan adanya KP SPRM yang baharu kita mahu semua disiasat seadilnya,” ujarnya.

Semalam Lokman telah membuat laporan polis susulan kenyataan Mohd Shukri beliau disogok untuk menutup siasatan yang dilakukannya berkaitan 1MDB dan SRC tanpa mendedahkan nama Ahli Parlimen yang menawarkan sogokan itu.

“Ada cubaan menyogok beliau tetapi kenapa beliau tidak menangkap orang yang cuba menyogoknya ini menimbulkan persoalan sebab beliau tidak melaporkannya cubaan untuk merasuah dirinya,” ujarnya.

CATEGORIES