Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
130 terima bantuan Program Back To School di SK Combined

130 terima bantuan Program Back To School di SK Combined

Oleh MAHDAR BUJANGJanuary 11, 2020 11:36 am




Seramai 130 murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Combined Kuching menerima bantuan awal persekolahan pada Program Back To School 2020 semalam.

Majlis telah danjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan(NGO)iaitu Penggerak Muafakat Nasional Petra Jaya.

Pengerusinya, Nurhanim Hanna Dato’ Mohsen berkata, program itu adalah antara aktiviti yang dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih sejak hujung tahun lalu.

Katanya, sumbangan yang diberikan kepada murid-murid adalah berupa beg dan peralatan alat tulis.

“Saya berharap semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan para ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Selain itu, ia merupakan perancangan yang telah dirangka sejak setahun penubuhan ngo ini,” jelas beliau yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, lebih kurang seramai 1,000 murid-murid telah menerima sumbangan berkenaan di seluruh negeri ini sejak diagihkan pada penghujung tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau berharap program sedemikian akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan jumlah penerimanya lebih ramai lagi.

“In shaa Allah…pada tahun-tahun akan datang, kita akan menambahkan lagi jumlah penerima sumbangan serta mampu mencari dana bagi meneruskan program ini,” ujarnya lagi.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)Batu Lintang See Choe Hor dan Guru Besar SK Combined Kuching, Karen Ong Ah Bak.

SK Combined mempunyai seramai 451 murid-murid dari Tahun Satu hingga Enam termasuk Kelas Pendidikan Khas.

Manakala, jumlah guru dan kaki tangan pula adalah seramai 51 orang.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production