Malaysia Dateline

1,300 kes baharu, 5 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 1,300 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 353,329 .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dari jumlah berkenaan 1,276 merupakan penularan tempatan, manakala 24 lagi adalah kes import.

Sementara itu, negara merekodkan 1,412 kes sembuh dengan keseluruhan kes dibenarkan discaj sebanyak 337,868.

Pada masa sama, lima kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan kes kematian dalam negara sebanyak 1,300.

Manakala 189 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 88 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.