Malaysia Dateline

1,371 kes baharu, 113 dalam ICU, 4 mati

Sebanyak 1,371 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 84,846 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,830 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, katanya terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,370 kes.

Terdapat 114 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 419 kes (0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Namun katanya, Negeri Selangor masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes (38.8 peratus) di mana 420 kes (78.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 283 kes (20.6 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes (19.0 peratus).

Pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,204 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 70,597 kes