14 lagi laporan projek Land Swap ke SPRM

14 lagi laporan projek Land Swap ke SPRM

Kementerian Pertahanan menghantar baki 14 lagi projek pertukaran tanah (Land Swap) membabitkan kementerian itu ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menerusi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mendapati hanya 5 projek berjaya disiapkan dan 2 dalam perlaksanaan baki 9 lagi sama ada gagal atau dalam proses untuk ditandatangani.

Keseluruhan  16 projek land swap itu membabitkan pembangunan kem tentera perumahan anggota tentera, fasiliti ketenteraan yang dibiayai melalui pertukaran tanah kepada pihak swasta untuk mengekang kewangan kerajaan itu, melibat keluasan tanah 2,923 ekar dengan nilai RM4.7bilion dan nilai projek pembangunan RM4.8bilion.

Menurut Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan Mohd Nasaie Ismail, terdapat 5 isu utama yang timbul membabitkan 16 projek land swap ini.

Beliau menjelaskan hanya 2 projek sahaja termasuk dalam perancangan plan pembangunan Kementerian Pertahan (Kementah) manakala baki 14 lagi tidak termasuk dalam plan pembangunan bermakna ia bukan keutamaan untuk dibina di tanah tersebut.

Mohd Nasaie Ismail

Terdapat 10 daripada 16 projek dibuat hasil daripada cadangan pihak swasta yang mana pihak swasta mengenalpasti tanah gantian yang akan diberikan kepada mereka dan mereka mencadangkan pembangunan yang perlu dibina untuk dipertimbangkan oleh  kementerian.

“Ini menyebabkan proses berlaku secara ad-hoc dan tergendala, ada projek 11 tahun lewat sehingga merugikan kerajaan,” ujarnya pada sidang media di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Ketiga katanya lagi, pertimbangan politik melebihi pertimbangan kerajaan ketika membuat keputusan ke atas 13 projekland swap.

“Terdapat bukti daripada SPR sendiri yang mana Kem Bera, Segamat dan Hutan Melintang dibuat memindahkan pengundi sebelum PRU14 bagi tujuan memenangi Parlimen dan Dun berkaitan. Di sini pertimbangan politik telahpun melebihi pertimbangan strategik ketenteraan yang  sepatutnya diutamakan pembangunan kem tentera tersebut,” ujarnya.

Keempat katanya, berkaitan dengan emilihan syarikat pemaju tidak mengikut syarat seperti pengalaman dilapangan dan mempunyai kewangan kuhuh.

“Antara syarat ditetapkan syarikat mestilah memiliki 10% kemampuan kewangan ke atas kos keseluruhan projek yang ingin dibina.

“Malangnya ada syarikat yang mempunyai sumber kewangan tidak sampai 1% pun diberikan projek tersebut. Ada syarikat terbukti gagal  laksanakan projek kerajaan dan projek dibatalkan tetapi boleh pulamendapat projek land swap ini.

“Perkara ini disebabkan kewangan tidak kukuh dan rekod tidak baik menyebabkan ada projek tertanguh hingga 11 tahun,” terangnya lagi.

Beliau turut menjelaskan terdapat 4 projek landswap nilaian tanah gantian lebih rendah berbanding nilaian dibuat Jabatan Penilaian Perkhidmatan dan harta (JPPH).

“Kerajaan telah rugi RM166juta ke atas 4 projek itu kerana diberi tanah kepada pemaju lebih murah daripada apa yang dinilai  JPPH. Keseluruhan kerugian kerajaan ke atas 16 projek land swap hasil siasatan JKSTUPKK mendapati kerajaan telah rugi RM515juta berdasarkan kepada beberapa perkara.

“Antaranya lanjutan masa kerana lewat siap menyebabkan harga tanah, dan binaan naik, kontrak tambahan tidak termasuk dalam perancangan dan penetapan nilai tanah gantian lebih rendah daripada yang dinilai JPPH,,” terang

Justeru kata beliau lagi kebimbangan kerajaan bukan sekadar terpaksa menanggung kerugian sebaliknya kerajaan ujarnya berhadapan dengan ancaman apabila pembangunan tidak dibina dberasaskan kepada keperluan strategik ketenteraan.

“Pada hari ini kementerian kita akan serahkan laporan 14 projek berbaki landswap untuk tindakan SPRM.

“Bukan sekadar menghukum pihak yang telah melakukan kesilapan melaksanakan urusan ini sebaliknya apa yang berlaku hari ini akan menjadi pengajaran kepada kerajaan baharu agar perkara sama tidak berulang di masa hadapan,” tegasnya.

Pada 9 Mei lepas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membentangkan Laporan JKSTUPKK di Dewan Negara dan dalam sidang medianya beliau dipetik berkata,  isu Land Swap ini memberi kesan besar kepada kementerian itu khususnya kepada semua pihak yang terbabit dalam menguruskan projek ‘Land Swap’ dan turut mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa serta rasuah sehingga menyebabkan kegagalan projek, sekali gus merugikan kerajaan.