Malaysia Dateline

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

3,631 kes baharu dan 14 kematian akibat Covid-19 dicatatkan pada hari ini, hari di mana tujuh negeri lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini menjadikan jumlah kematian  kes Covid-19 di Malaysia adalah 619 manakala jumlah kes adalah 165,371 dengan 39, 464 pesakit adalah masih aktif.

Selangor terus mencatatkan kes baharu paling banyak iaitu 1,199 kes dengan 277 kes daripada kluster-kluster, termasuk 217 kes  daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok.

Ia diikuti Sabah yang mencatatkan 526 kes, di mana 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada, 371 kes daripada saringan kontak rapat kes positif .

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan 521 kes baharu, Johor (368 kes), Sarawak (156), Negeri Sembilan (139), Perak (135), Kelantan (133), Pulau Pinang (124), Melaka (122), Kedah(114), Terengganu (33), Pahang (31), Wilayah Persekutuan Putrajaya (26), Perlis (3) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1).